Liga Super Malaysia Berita

Tim Heubach berehat 2 bulan, Selangor kini bergantung kepada Manuel Konrad

Michael Feichtenbeiner mengesahkan pertahanan Selangor, Tim Heubach berkemungkinan tidak dapat beraksi selama enam minggu kerana mengalami kecederaan.

Pemain Jerman berusia 33 tahun itu sudah beraksi dalam 5 perlawanan Liga Super setakat ini, dan beliau akan menjalani pembedahan, Sabtu ini.

“Dia mengalami kecederaan dalam separuh masa pertama dan cuba kekal beraksi bagi membantu pasukan,” kata Feichtenbeiner kepada Astro Arena.

“Dia telah dibawa ke hospital dan perlu menjalani pembedahan.”

Bagaimanapun, tempat Heubach akan diisi oleh seorang lagi pemain Jerman, Manuel Konrad.

“Kini kami memiliki Konrad yang sudah bersedia beraksi dan kehadirannya sangat tepat dalam keperluan pasukan untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Heubach.”