Luar Negara Berita

Yves Vanderhaeghe dipecat, Luka Elsner jurulatih baharu KV Kortrijk

Yves Vanderhaeghe bukan lagi jurulatih KV Kortrijk selepas pasukannya tewas 3-1 kepada Charleroi.

Kekalahan itu bermakna Kortrijk gagal meraih sebarang kemenangan dalam lima perlawanan berturut-turut.

Ia juga menyebabkan Kortrijk tersungkur sehingga tangga ke-15 dengan mengumpul 30 mata dalam 25 perlawanan, beza lapan mata dengan kelab yang berada di zon penyingkiran, Cercle Brugge.

Tempat Vanderhaeghe digantikan oleh jurulatih berusia 38 tahun dari Slovenia, Luka Elsner dan telah menandatangani kontrak selama 3.5 tahun di Guldensporenstadion.

Sebelum ini, Elsner adalah jurulatih kelab Liga Perancis, Amiens SC.

“Kami sentiasa menghargai Yves Vanderhaeghe di kelab kami dan kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas dedikasi dan komitmennya,” kata presiden KV Kortrijk, Ronny Verhelst kepada Sporza.

“Tetapi Januari adalah bulan yang sangat penting bagi kami, di mana kami telah menetapkan beberapa objektif terlebih dahulu. Kami tidak mencapai objektif tersebut. Kami sekarang ingin memberikan dorongan kepada pemain dengan pertukaran jurulatih.”

“Kami memiliki kelompok pemain yang boleh meraih kemenangan. Kami fikir jurulatih baru dapat mengembalikan pasukan ke landasannya. Kami terpesona dengan bagaimana Luka Elsner berkhidmat di Union. Dia mempunyai idea-idea muda dan segar dan menunjukkan semangat baharu.”

“Falsafah bola sepaknya menarik perhatian penyokong, tanpa melupakan kekuatan di bahagian pertahanan.”

Pemecatan Vanderhaeghe yang memberi peluang kepada Luqman Hakim Shamsudin beraksi menimbulkan persoalan sama ada jurulatih baharu KV Kortrijk, Luka Elsner akan melakukan perkara yang sama.