Liga Super Malaysia Berita

TMJ sukar terima JDT tidak dapat beraksi ACL, namun beliau enggan ambil risiko

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akhirnya meluahkan perasaannya setelah pasukan JDT tidak dibenarkan terbang ke Doha, Qatar bagi menyertai saingan Liga Juara-Juara AFC 2020 (ACL2020).

Malah, beliau menganggap tindakan membatalkan kejohanan Piala Malaysia adalah “satu keputusan yang berat untuk diterima”.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu mengambil risiko memandangkan Malaysia serta negara-negara di seluruh dunia masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Saya yakin kerajaan telah melakukannya demi kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia termasuk keluarga-keluarga semua pihak terbabit kerana kes-kes Covid-19 semakin meningkat dan situasi ini akan menjejaskan kelangsungan hidup jika berterusan.

“Sesiapa sahaja tidak terlepas dari ancaman Covid-19. Sebagai contoh pemain bintang Mesir, Mohamad Salah juga telah disahkan positif apabila tiba untuk perlawanan antarabangsa walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom.

“Ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan kita tidak boleh mengambil sebarang risiko.

TMJ juga bersetuju dengan pandangan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berhubung keputusan kerajaan tersebut.

“Alistair sudahpun menyatakan kekecewaan kelab kerana musim 2020 berakhir begitu sahaja.

“Tetapi kami akur dengan keputusan kerajaan dan memahami bahawa kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia adalah penting demi masa depan negara.”