CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mendedahkan pihaknya masih belum memuktamadkan keputusan Felda United untuk menarik diri dari saingan Liga Super musim depan.
Ini kerana, katanya, MFL masih belum menerima surat penarikan diri secara rasmi dari pihak Felda serta dokumen-dokumen tertentu.
“Felda United perlu mengemukakan surat penarikan diri secara rasmi terlebih dahulu,” katanya kepada Berita Harian.
“Mereka perlu mengemukakan dokumen yang diperlukan sekiranya mahu memberikan slot bertanding dalam Liga Malaysia kepada pihak lain.”
Pada masa sama, Ghani juga sedar dengan kemunculan Rakyat United yang kemungkinan akan menggantikan tempat Felda United pada musim depan.
“Sebelum ini, kita ada Selangor United yang bertukar pengurusan dan dijenamakan semula sebagai Sarawak United untuk beraksi dalam Liga Perdana.
“Ini tidak menjadi masalah namun sebarang pertukaran atau pengambilalihan slot untuk beraksi perlu mendapat kelulusan FAM dan MFL.
“Penjenamaan semula ini amat penting kerana sebagai liga bola sepak yang profesional, kita mahu pasukan memiliki jenama yang komersial.”