Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Dramatik, Perak bangkit ikat Pahang 3-3

Perlawanan Perak dan Pahang berakhir dengan penuh dramatik apabila masing-masing terikat 3-3 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Pahang mendahului menerusi R Dinesh hasil gerakan cantik sepasukan pada minit ke-8.

Nik Sharif Haseefy menggandakan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua hasil gerakan individu pada minit ke-27.

Pahang semakin selesa apabila Ivan Carlos menjaringkan gol ketiga pada minit ke-41.

Namun, entah apa yang diperkatakan oleh Mehmet Durakovic pada waktu rehat sehingga Perak menunjukkan semangat luar biasa pada separuh masa kedua.

J Partiban mengejutkan pihak lawan apabila menjaringkan gol dari luar kotak penalti pada minit ke-48.

 

Namun, Perak mengambil masa sehingga hujung perlawanan apabila penjaring terbanyak Liga Super menjaringkan gol ke-10 buat dirinya pada minit ke-84.

Partiban menjadi wira Perak apabila tendangan yang dilakukannya, walaupun sekadar terkena palang, bola itu terkena badan penjaga gol Pahang, Helmi Eliza yang akhirnya termasuk ke gawangnya sendiri.

 

Perak kekal ditangga kedua liga dengan 18 mata, manakala Pahang berada di tempat ke-6 selepas mengumpul 14 mata.

Perak akan berebut tempat kedua dengan Kedah di Ipoh pada 10 Oktober, dan hari yang sama akan menyaksikan Pahang bertemu Terengganu di Kuala Terengganu.