Liga Super Malaysia Berita

RASMI: Selangor pecat Sathia

Selangor membuat keputusan drastik apabila memecat B Sathiananthan secara serta-merta, dengan perlawanan berbaki tiga perlawanan sahaja musim ini.

Ia selepas Selangor mengalami kekalahan memalukan 6-1 kepada JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Kekalahan itu menyebabkan Selangor jatuh ke tangga ketujuh liga dengan 10 mata, ketinggalan empat mata di belakang tempat kedua, Perak dan 12 mata di belakang pendahulu liga, JDT.

“Saya boleh sahkan telah dipecat daripada kerusi ketua jurulatih Selangor dan bukan meletak jawatan,” katanya kepada Kosmo.

“Saya mengucap terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama sepanjang saya membimbing pasukan Selangor.”

Difahamkan, jurulatih Selangor 2, Michael Feichtenbeiner akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Sathia.