Ketua Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain menganggap peluang untuk menamatkan musim Liga Super 2020 di tempat kedua, dilihat agak tipis.
Ini selepas pasukan Pantai Timur itu tewas mengejut 2-1 kepada UiTM FC, menjadikan ia kekalahan ketiga berturut-turut.
“Secara peribadi, bagi saya, kita harus menang setiap perlawanan,” katanya.
“Sebab kalau kita menang, automatik kita berada di atas.
“Pada perlawanan terakhir, kita dapat lihat kita di mana. Tapi sekarang kita sudah kalah tiga perlawanan dan saya rasa kita tidak boleh tercicir mata untuk itu.”
Terengganu menduduki tangga keenam liga dengan mengumpul 10 mata dan ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, JDT.
UiTM FC pula menghuni tangga ketiga Liga Super dengan 13 mata.
Terengganu bakal berdepan dengan PDRM pada 25 Sept, diikuti dengan Felda pada 3 Okt dan perlawanan terakhir menentang Pahang pada 10 Okt.