Liga Premier Malaysia Berita

Norizam langsai semua tunggakan gaji Kelantan

Kelantan FC mengesahkan pihak pengurusan Team Red Warriors Sdn Bhd telah melangsaikan semua tunggakan gaji pasukan itu.

Peguam pasukan, Shairuz Sheffie berkata tunggakan gaji itu melibatkan 13 pemain dan dua jurulatih.

“Sejak mengambil alih pengurusan pasukan Kelantan FC pada 3 Sept, TRW Sdn Bhd komited untuk memastikan kebajikan pemain dan kakitangan pasukan demi menaikkan semangat dan prestasi pasukan,” katanya dalam kenyataan.

“Justeru, kami telah melangsaikan segala hutang pemain dan kakitangan yang tertunggak sejak musim 2017.

“Bukan itu sahaja, kami telah melangsaikan tunggakan gaji enam bulan untuk semua pemain dan kakitangan pada 17 Sept.”

Berikut merupakan senarai pemain yang akhirnya menerima bayaran tertunggak:

1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Brendan Gan
3. Sathit Bensoh
4. Flavio Beck Junior
5. Bruno Lopez
6. Alaeddine Bouslimi
7. Alessandro Padovani Celin
8. Limam Seydi
9. Mohd Hisham Jainuddin
10. Mohd Hashim Mustapha
11. Faris Shah Rosli
12. Mohd Nor Farhan Mohamad
13. Yusri Che Lah
14. Mohd Badhri Mohd Radzi
15. Amiridzwan Taj Tajudin

Norizam menerusi laman Facebook miliknya Zamsaham memberikan mesej ringkas kepada pasukan selepas tunggakan gaji selesai dibayar.

“Gaji dah bayar, duit dah masuk.

“Alasan apa lagi kalau tak menang, teruskan usaha dan berjuang.”