Malaysia Berita

AFC Champions League tunda ke November, Kejohanan AFC B-19 tunda 2021

AFC akhirnya membuat keputusan untuk menunda Liga Juara-Juara Asia dari Oktober ke 15 November-13 Disember.

Namun Piala AFC bagi musim 2020 dibatalkan serta-merta.

Ini bermakna JDT mempunyai masa yang mencukupi untuk bersaing dalam Liga Super dan Piala Malaysia.

Kejohanan AFC B-19 juga ditunda pada tahun hadapan.

Keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC yang diadakan secara dalam talian dan dipengerusikan oleh Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa.

“Jawatankuasa berpandangan bahawa wabak COVID-19 memberikan kesan kepada keupayaan AFC untuk menganjurkan kejohanan,” menurut kenyataan AFC.

“Atas sebab itu dan turut mengambil kira keselamatan pemain serta kesukaran yang dihadapi, Kejohanan AFC B-16 dan Kejohanan B-19 akan ditunda sehingga awal 2021.”

“Kebanyakan ahli gabungan dikatakan agak berat untuk menghantar pasukan,” kata Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John pada Berita Harian.

“Malah ada antaranya kemungkinan menarik diri daripada menyertai kejohanan itu.

“Jadi tarikh akan ditentukan selepas mengadakan perbincangan nanti.”

“Satu unit dalam Jawatankuasa Pertandingan AFC telah ditubuhkan untuk membuat keputusan dalam isu-isu penting.

“Justeru, jawatankuasa yang serupa akan ditubuhkan dalam masa terdekat untuk perlawanan AFC Champions League bagi Zon Asia Timur.”