Liga Super Malaysia Berita

Jaringan Safawi Rasid diundi Gol Terbaik ACL Sepanjang Dekad

Safawi Rasid sekali lagi mendapat pengiktirafan, kali ini di peringkat Asia.

Gol yang dijaringkan Safawi Rasid ketika JDT menentang Shandong Luneng diundi sebagai Gol Terbaik AFC Champions League Sepanjang Dekad.

Ia adalah inisiatif AFC untuk mengiktiraf gol terbaik Champions League sepanjang 10 tahun ini.

Gol Safawi menerima sebanyak 34 peratus undi, jauh meninggalkan sembilan pencabar lain.

Karier pemain berusia 22 tahun itu sedang menuju ke arah kegemilangan ketika ini, apabila beliau dijangka menyertai kelab Portugal, Portimonense SC selepas saingan Liga Malaysia tamat pada awal bulan Oktober ini.