Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Selangor bangkit tewaskan Sabah

Selangor bangkit tewaskan Sabah

Selangor bangkit daripada ketinggalan dengan menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Ifedayo Omosuyi menjadi wira Selangor apabila menjaringkan dua gol.

Kedua-dua pasukan bergelut di separuh masa pertama apabila sukar menembusi pertahanan dan mencipta penyudah yang baik.

Bagaimanapun, Sabah selaku tuan rumah menjaringkan gol pendahuluan menerusi Rodoljub Paunovic pada minit ke-65.

https://twitter.com/MFL_Live/status/1301879873766522881?s=19

Namun, Selangor tidak menunggu terlalu lama apabila Ifedayo berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72.

https://twitter.com/MFL_Live/status/1301880916806000640?s=19

Ifedayo kemudian menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81.

Selangor kini berada di tangga ketiga Liga Super selepas enam perlawanan dengan 9 mata.