Liga Premier Malaysia Berita

Penswastaan kelab: UKM FC pun sudah mula berunding

Pasukan berasaskan universiti, UKM FC merupakan antara salah sebuah pasukan yang dilaporkan masih belum melengkapkan proses penswastaan kelab.

Utusan bagaimanapun melaporkan, terdapat tiga syarikat termasuk sebuah syarikat luar negara sedang berunding untuk mengambil alih UKM FC.

Malah, Setiausaha Kehormat UKM FC, Fairus Shafie berkata pihaknya sudah pun memulakan proses penswastaan.

“Kita sudah adakan rundi­ngan dengan tiga pihak, termasuk sebuah syarikat yang berpangkalan di luar negara. Ia dalam proses perbinca­ngan,” katanya kepada Utusan.

“Kita telah bergerak dan menyediakan dokumen yang diminta untuk proses pen­swastaan, jadi tidak timbul isu kami tidak bergerak langsung.”

Fairus juga berkata pihak UKM FC akan terus berhubung dengan MFL dan FAM bagi melengkapkan proses tersebut.

“Kita akan jumpa MFL dan FAM Selasa depan untuk meminta panduan dan berbincang de­ngan lebih lanjut.

“Semua dokumen sudah ada cuma kita masih meneliti dan melengkapkannya. Saya yakin kita mampu menyelesaikan proses ini sebelum tarikh akhir pada 30 Sept ini.”