Liga Juara-Juara Berita

Dulu ditolak oleh Arsenal dan West Brom, kini Gnabry layak ke final Liga Juara-Juara

Rio Ferdinand hampir tidak terkata setelah merenungkan peningkatan luar biasa Serge Gnabry setelah ditolak dari West Brom namun kini menjadi finalis Liga Juara-Juara Eropah.

Gnabry menampilkan aksi memberangsangkan bersama Bayern Munich selepas menewaskan Lyon di separuh akhir, sekaligus bakal berdepan PSG pada final hari Ahad ini.

Gol pertama Gnabry sangat mengagumkan, memotong dari sayap kanan dengan pantas, dan meledak ke sudut atas untuk jaringan 1-0 sebelum menggandakan jaringan gol kedua.

Ini bermakna Gnabry sudah menjaringkan 21 gol dan 14 assist dalam 44 perlawanan musim ini.

‘Statistiknya luar biasa. Dia duduk di peringkat teratas, kelas dunia,” kata bekas pemain pertahanan Manchester United, Ferdinand.

“Dia datang ke Jerman dan menyinar, dia sungguh menakjubkan malam ini. Ia sangat luar biasa.

“Saya akan mengatakan bahawa dia adalah salah satu pemain bola sepak yang paling baik ketika ini. Saya tidak fikir ada pemain setajamnya.

“Dari mana dia berada, dibuang oleh Arsenal dan West Brom, ke tempat dia sekarang. Wah.”

Owen Hargreaves menambah: ‘Dia pemain hebat. Dia tidak mendapat kredit yang cukup untuk keseluruhan permainannya.

“Dia membuat keputusan yang baik, dia pintar dan tahu bila harus berlari dari belakang. Dia kuat dan penyudah yang sukar dipercayai.”

Pemain sayap itu dijual kepada Werder Bremen dengan hanya £4.5 juta pada tahun 2016 setelah hanya bermain 18 kali untuk Arsenal.

Gnabry mengalami penderitaan di England termasuk semasa pinjaman di West Brom, sehingga sehingga membuat hanya tiga penampilan untuk Baggies, malah Tony Pulis dengan kejam menggambarkan pemain Jerman itu tidak ‘pada tahap untuk bermain di Premier League.