Liga Super Malaysia Berita

Kedah lantik Sanusi sebagai presiden, Radhi Mat Din naib presiden

Sanusi Md Nor dilantik secara rasmi sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dalam mesyuarat kongres luar biasa semalam.

Menteri Besar Kedah itu akan dibantu bekas pemain Kedah, Radhi Mat Din yang dilantik sebagai Naib Presiden KFA.

https://www.facebook.com/kedahfa.my/posts/3454551151244004

Pelantikan itu dibuat selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan setelah berlaku peralihan kuasa kerajaan negeri.

Selepas dilantik, Sanusi berjanji akan menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang membelenggu pemain sepanjang musim 2020.

“Kita akan cuba selesaikan semua masalah yang membelenggu KFA terutamanya berhubung isu kewangan,” katanya kepada Bernama.

Senarai Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA Penggal 2018-2022
(Setakat Kongres Luar Biasa (EGM) KFA 2020)

Presiden
MUHAMMAD SANUSI MD NOR

Timbalan Presiden
DATUK ABDUL RAHMAN ABDULLAH

Naib Presiden
KHAMAL IDRIS ALI
MOHD YUSURI YUSOF
MUHAMAD RADHI MAT DIN

Setiausaha Kehormat
*Tiada perlantikan (akan diumumkan perlantikan oleh Presiden)

Setiausaha Eksekutif
SHAHRUL SAMSUDIN

Bendahari Kehormat
MOHD RUZAINI MOHD RADZI

Ahli Eksekutif
MOHD FUAD ABDULLAH
MOHD AIZAD ROSLAN
SHAHAROL NIZA OMAR
ROSMAINI AB RASED
SHAFFERI REJAB
SYED KHAIROL ANUAR SYED ABIDIN
IDZHAM NORDIN
JUSRIANUAR JAMARUDIN
NORZAIHANA MOHAMAD ZAIN
JASNI SHAFIE