Malaysia Berita

Luqman Hakim ada dua pilihan

Luqman Hakim Shamsudin dilaporkan sedang mempertimbangkan dua pilihan sebelum melengkapkan perpindahannya ke kelab Belgium, KV Kortrijk.

Agensi berita rasmi Bernama melaporkan, pemain berusia 18 tahun itu mempunyai pilihan untuk menandatangani kontrak dan sertai pasukan dalam masa terdekat atau menandatangani kontrak dan berlepas ke Belgium menjelang jendela perpindahan pada bulan Januari.

Ini bermakna, Luqman akan terus beraksi di Belgium jika membuat pilihan pertama tetapi jika memilih pilihan kedua, dia akan terus berada di Malaysia untuk persiapan skuad negara bagi menghadapi Kejohanan AFC B-19.

Liga Belgium dijangka bermula awal Ogos manakala Kejohanan AFC B-19 hanya akan bermula pada 14 hingga 31 Oktober.

Menurut laporan Bernama itu lagi, Luqman sememangnya sudah berulang kali menyatakan mahu menyertai KV Kortrijk secepat mungkin.

Ia sekaligus menafikan khabar angin dan spekulasi yang mengatakan Luqman akan terus berada di Selangor.