Malaysia Berita

Liga Malaysia: 12 pasukan buat pemotongan gaji

Setakat ini, sebanyak 12 pasukan Liga Malaysia sudah membuat pemotongan gaji pemain bagi mengelakkan daripada menghadapi sebarang masalah kewangan yang terjadi disebabkan penangguhan liga disebabkan wabak COVID-19.

Ini termasuk lima pasukan Liga Super dan lima pasukan Liga Perdana.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata pihaknya sedang memantau tindakan semua pasukan yang bertanding sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

“Kami akan bincang langkah seterusnya bersama presiden dan barisan exco FAM sebaik mendapat maklum balas daripada semua pasukan,” katanya kepada Astro Arena.

Pulau Pinang dan Felda United menjadi pasukan terbaru yang membuat pemotongan gaji pemain.

Felda dilaporkan memotong antara lima dan 20 peratus gaji pemain manakala Pulau Pinang mengenakan pemotongan gaji sehingga 30 peratus tetapi pemain bergaji RM5,000 ke bawah tidak dikenakan pemotongan.

JDT menjadi pasukan pertama yang membuat pemotongan gaji pemain dengan 33 peratus, diikuti dengan Terengganu, Kuching FA, Melaka United dan UKM FC.