Malaysia Berita

Legenda pemain Pahang dapat bantuan COVID-19

Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Negeri Pahang (PBPBNP) turut memainkan peranan membantu 22 bekas pemain Pahang yang dalam kesusahan.

Legenda Pahang, Azizul dan Azhar Kamaluddin antara bekas pemain yang menerima bantuan tersebut.

Setiausaha PBPBNP, Nazeri Hussain, seramai 22 bekas pemain yang layak menerima sumbangan, masing-masing 15 penerima yang menetap di Kuantan manakala di daerah lain pula membabitkan tujuh penerima.

“Di Kuantan, bekas pemain menerima barang keperluan bernilai RM50 dan wang tunai RM50 manakala yang berada di luar Kuantan pula menerima RM100 yang disalurkan ke dalam akaun bank masing-masing,” katanya kepada BH Sukan.

“Dengan sumbangan ini, PBPBNP mengharapkan mereka berada dalam keadaan sihat dan mematuhi arahan kerajaan supaya duduk di rumah.”

Antara 22 bekas pemain yang turut menerima sumbangan tersebut ialah Mudzar Mohamad, Abd Aziz Abd Hamid Kupai, Osaimi Jalil, Zulkifli Abd Hamid, Junaidi Junit, Abu Bakar Ismail dan Muhammad Asyraf Anbalagan.