Malaysia Berita

Zainal Abidin terharu dengan pengiktirafan Globe Soccer Awards

Zainal Abidin cukup terharu apabila dinamakan sebagai salah seorang penjaring terhebat untuk di peringkat antarabangsa oleh Globe Soccer Awards.

Jurulatih Melaka United itu menjaringkan 78 gol dalam 180 penampilan dengan skuad Harimau Malaya sepanjang kariernya sejak 1984 hingga 1996.

Ia sekaligus menewaskan jumlah jaringan legenda bolasepak Brazil, Pele dengan 77 gol, pemain Kuwait, Bashar Abdullah dengan 75 gol dan pemain India, Sunil Chhetri dengan 72 gol.

Namun, Zainal menganggap pengiktirafan itu banyak dibantu oleh rakan sepasukannya.

“Ia pengiktirafan yang bermakna dalam kalangan penjaring terbanyak dunia,” katanya kepada The Star.

“Masa saya beraksi untuk skuad kebangsaan, saya hanya mahu melakukan yang terbaik.

“Tapi pengiktirafan ini juga disebabkan rakan sepasukan saya. Tanpa mereka, saya takkan mungkin dapat mencapainya.

Zainal turut berkongsi rahsia disebalik rekod jaringannya yang cukup berbisa.

“Latihan jadikan kita berbisa. Kita cuma perlu bekerja keras dan kita akan dapat hasilnya.

“Dalam sesi latihan, kita boleh kenalpasti dan memperbaiki kelemahan diri.

“Apa yang perlu difahami, beraksi di peringkat antarabangsa adalah sangat berbeza. Pemain boleh pergi jauh kalau bersungguh-sungguh.

“Saya sungguh bertuah dapat beraksi bersama Mokhtar Dahari, sahabat baik saya Dollah Salleh dan rakan sepasukan lain. Mereka tahu corak permainan saya, jadi lagi mudah bila nak jaringkan gol.”