LaLiga Berita

Messi merendahkan diri teringat pemain sepasukannya dulu di Barca

Bintang terhebat bola sepak Lionel Messi telah membuat pengakuan bahawa ada satu pemain yang dia benar-benar mengkagumi di dalam bilik persalinan Barcelona pada tahun-tahun pertamanya di atas dunia bola sepak.

Walau pun lama disanjung oleh kebanyakan peminat dan pakar permainan sebagai pemain terbaik sepanjang masa, seorang pemain status Messi pun bolih merendahkan diri bila beliau mengingatkan kenangan mengenai seorang pemain sepasukannyd dulu di Barcelona pada masa awal kerjayanya.

Dalam temu bual dengan L’Equipe mengenangkan kembali hari-hari awalnya di dalam bilik persalinan Barcelona, Messi cepat menamakan satu pemain yang sebenarnya dia menghormati selama musim pertama di Camp Nou, dan dengan mesra mengingatkan sebab-sebab mengapa dia sangat menghormati pemain itu.

“Apabila Thierry Henry mula-mula memasuki bilik loker, saya tidak dapat berani melihatnya di mata, saya tahu tentang segala yang dilakukannya di England, saya telah mencipta imejnya, dan tiba-tiba kami berdua berada di dalam pasukan yang sama,” kata Messi dengan penuh semangat.

Sejenak dan murah hati dalam puji-pujiannya untuk bekas rakan sepasukannya, Messi cepat menambah bahawa kemahiran dan kehandalan keseluruhan Thierry membuat segala yang dilakukannya di atas padang merupakan seolah-olah mudah.

“Saya suka kecekapan Henry untuk mengakhiri peluang, bagaimana dia berjalan di depan gawang dan mencari bahagian belakang gawangnya. Ia kelihatan seperti sesuatu yang semula jadi, cara dia berlari, kemahirannya bila dribbling, isyaratnya untuk mencetak gol adalah sesuatu yang dirasai dengan betul. Apa yang saya rasa untuk ‘Titi’ boleh jatuh dalam kategori kekaguman,” Messi terus berkata.

Henry bermain bersama Messi selama tiga tahun, dengan menjaringkan 49 gol dalam 121 penampilan untuk Los Blaugranas. Kedua-dua bintang terhebat itu memang penting untuk musim 2008-09 Barcelona yang bersejarah, dengan mencapai kemenangan dalam kesemua enam pertandingan yang mereka mainkan.