Liga Super Malaysia Berita

David Rowley seronok belajar bahasa Melayu

Pemain Kedah, David Rowley mengakui sedang meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu ketika Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan wabak COVID-19, bagi meningkatkan lagi tahap komunikasi antara rakan sepasukan di atas padang.

Pemain berusia 30 tahun itu lahir di Brisbane, Australia.

Beliau pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia pada 2018 untuk menyertai PDRM dan kemudiannya Negeri Sembilan pada tahun yang sama.

Musim 2019, Rowley menyertai Kelantan sebelum berhijrah ke Kedah ketika jendela perpindahan kedua.

“Setakat ini, saya cuma memahami beberapa patah perkataan dalam Bahasa Melayu,” katanya kepada Stadium Astro.

“Saya belajar di internet dan cuba berinteraksi dengan pemain tempatan bagi menambahkan perbendaharaan kosa kata.

“Cukup seronok dan mereka juga sentiasa menyokong saya untuk lebih yakin bertutur dalam Bahasa Melayu.”