Ligue 1 Berita

Zico berkata Neymar tidak mempunyai profesionalisme Messi dan Ronaldo

Legenda Brazil, Zico, yang sering menggembirakan dan memikat hati pencinta bola sepak di zaman kegemilangannya, mendakwa rakan senegaranya dari Brazil, Neymar, perlu menunjukkan ‘lebih profesionalisme’ jika dia ingin dipandang sama seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Walaupun Neymar adalah pemain paling mahal di dunia pada masa ini dan sudah pasti mendapat penghargaannya sebagai salah satu bakat terbaik bolasepak kontemporari, dia masih belum bolih dianggap sebagai seseorang yang layak untuk berkongsi pentas di arena yang sama dengan Messi dan Ronaldo.

Zico memang hangat dalam pujiannya untuk kemahiran dan keupayaan rakan senegaranya tetapi secara realistik merasakan bahawa pemain berusia 28 tahun itu masih belum cukup matang lagi dan memerlukan lebih perkembangan dalam segi ini sebelum dia dapat memenuhi potensi penuhnya.

Bercakap kepada Gazzetta dello Sport, Zico berkata: “Saya sangat suka Ney, cara bermainnya luar biasa, tetapi dia harus lebih profesional seperti Ronaldo dan Messi, yang hidup untuk bola sepak.

“Ney mempunyai terlalu banyak pemikiran yang mengalih perhatiannya, saya bercakap dengannya baru-baru ini dan memintanya untuk menjadi lebih profesional, dia berusia 28 tahun sekarang dan ada pasukan yang baik di PSG, mereka boleh memenangi Liga Juara-Juara. Kualiti sepanjang kejohanan, bukan hanya untuk satu pertandingan. Sekarang Ney mempunyai lebih banyak pengalaman dan kematangan. ”

Neymar, yang sekali lagi banyak disebut namaynya dengan sambutan tidak henti-henti mengenai pulangannya yang sangat dijangka ke Barcelona, telah menjadi kuasa terhebat yang menyumbang 69 gol daripada 78 penampilan untuk PSG sejak Ogos 2017.