Liga Super Malaysia Berita

Garis panduan MFL ketika perintah kawalan pergerakan

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengeluarkan garis panduan kepada setiap pasukan Liga Malaysia 2020 selaras dengan arahan perintah kawalan pergerakan akibat wabak COVID-19 bermula esok.

Berikut merupakan garis panduan MFL sepanjang tempoh perintah 18 Mac hingga 31 Mac:

-Pasukan dilarang mengadakan latihan.

-Pemain asing tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan negara ini kerana dikhuatiri
pemain tersebut tidak dibenarkan masuk semula disebabkan sekatan kemasukan warga asing ke negara ini seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia.

-Pasukan tidak dibenarkan mengadakan perlawanan persahabatan.

-Mengurangkan pergerakan pasukan.

MFL menggesa semua pihak memberi kerjasama yang baik terutamanya ketika situasi yang mencabar ini dengan mematuhi arahan pelaksanaan kawalan pergerakan.