Selepas hilang satu musim 2019 disebabkan kecederaan dan terpaksa bersaing sengit dengan penyerang import, Shahrel Fikri kini menjadi penjaring tempatan terbanyak dengan tiga gol.
Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan gol pertama ketika Perak seri 1-1 menentang Selangor.
Dia sekali lagi menjadi wira Perak apabila menjaringkan dua gol sekaligus terikat 2-2 menentang Sabah.
80' | GOL SHAHREL FIKRI! @peraktbgmy menyamakan kedudukan menerusi gol kedua Shahrel Fikri.#CIMBLigaSuper2020#SABPRK #MFLLive pic.twitter.com/l6Ing4iS2b
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 14, 2020
Ia satu perkembangan positif di kala semua pasukan Liga Super bergantung kepada penyerang import.
Namun Shahrel menganggap prestasinya semakin meningkat kerana gandingannya dengan Guilherme De Paula.
“Gabungan saya dengan De Paula semakin mantap, dan ia akan menjadi lebih sempurna dalam beberapa minggu akan datang,” katanya kepada The Star.
“Semasa pra-musim, kami terus dapat beraksi dengan baik bersama-sama, dan saya berharap prestasi ini akan dapat diteruskan. ”
Shahrel sedar dengan prestasinya pada musim lepas dan dia rasa bersalah apabila mewakili skuad kebangsaan walaupun kurang minit permainan.
Walau bagaimanapun, Shahrel menganggap ia sebagai satu proses pembelajaran dan dia bertekad untuk terus membuktikan keupayaannya kepada Mehmet Durakovic.
“Saya gembira dapat membantu pasukan.
“Saya rasa musim lalu, masa saya belum tiba. Jurulatih perlu buat keputusan dan masa itu dia ada rancangan lain.
“Kini saya diberi peluang, jadi ini masanya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Saya mahu membuktikan kepadanya bahawa saya boleh beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan.”