
JDT gagal meraih kemenangan apabila seri 1-1 menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim.
Tuan rumah mendahului menerusi Syafiq Ahmad pada minit ke-21.
21' | GOL SYAFIQ!@OfficialJohor kini mendahului @feldaunitedfc menerusi Syafiq Ahmad. #CIMBLigaSuper2020#JDTFEL#MFLLive pic.twitter.com/X7GYdRpQgi
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 14, 2020
Namun Felda menyamakan kedudukan menerusi Frederic Bulot pada minit ke-51.
51' | GOL BULOT! @feldaunitedfc menyamakan kedudukan menerusi gol Frederic Bulot.#CIMBLigaSuper2020#JDTFEL #MFLLive pic.twitter.com/7oCIXpY5Ie
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 14, 2020
JDT turut mendapat sepakan penalti, namun percubaan Gonzalo Cabrera diselamatkan penjaga gol Felda, Muhaimin Mohamad.