Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris masih berharap JDT akan memberikan lebih daripada 500 tiket, walaupun sudah jelas dengan kuota seperti yang ditetapkan Malaysia Football League (MFL).
“Kami masih mengharap, saya cuma kesiankan penyokong Kedah yang sangat berharap untuk berkunjung ke stadium baharu JDT,” katanya kepada Arena Metro.
“Kalau diikutkan permintaan sebenar kita perlukan 2,000 tiket tapi jika dapat kuota 1,000 tiket pun kita tetap bersyukur.
“Impian penyokong Kedah adalah untuk melihat sendiri kehebatan Stadium Sultan Ibrahim yang baharu dirasmikan dengan gilang-gemilang dan disamping itu wujud semangat kesukanan yang sangat tinggi dalam kalangan penyokong Kedah.
“Kami juga ingin bersama-sama penyokong JDT untuk memeriahkan lagi stadium bertaraf dunia ini dalam perlawananan pembukaan terhebat musim ini dimana kedua-dua pasukan yang sama-sama membawa nama Malaysia dalam kejuaraan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.
“Jadi biarlah sama-sama kita beramai-ramai menghangatkan suasana bola sepak di negara kita.”