Liga Super Malaysia Berita

RASMI: Matthew Davies sertai JDT

JDT akhirnya membuat pengumuman secara rasmi bahawa pemain pertahanan kanan negara, Matthew Davies menandatangani kontrak bersama juara bertahan Liga Super Malaysia.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai pasukan dari selatan Malaysia selepas lima tahun bersama Pahang.

Matthew dijangka menguatkan lagi kedudukan pertahanan kanan bersama S. Kunanlan, selepas Azrif Nasrulhaq mengalami kecederaan jangka panjang.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Matthew dapat didaftarkan untuk skuad ACL2020 selepas JDT tidak menyenaraikan Liridon Krasniqi dalam perlawanan menentang Vissel Kobe sebelum ini.