Malaysia Berita

Status Guilherme de Paula akan diketahui beberapa hari lagi

FIFA dijangka membuat keputusan terhadap status Guilherme de Paula selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, segala dokumentasi dan beberapa bukti telah dikemukakan kepada FIFA, walaupun berdepan kelewatan.

“Namun, kita positif segala halangan terbabit dapat diatasi dengan statusnya akan diumumkan penghujung bulan ini,” katanya kepada Arena Metro.

“Kemungkinan dia juga boleh beraksi bersama skuad kebangsaan untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

“Perkara terbabit bukan mudah kerana ia perlu memenuhi segala permintaan Fifa, namun kita komited menyediakan apa jua dokumen diperlukan.”

Jika berjaya, De Paula akan menjadi pemain naturalisasi ketiga Malaysia selepas Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi.