Liga Super Malaysia Berita

Pahang bawa masuk Ivan Carlos, Adam Reed

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan bahawa mereka menandatangani dua pemain import baharu iaitu pemain Brazil, Ivan Carlos dan pemain Filipina, Adam Reed bagi saingan musim 2020.

Ivan Carlos dilihat bakal menggantikan Lazarus Kaimbi di bahagian serangan manakala Reed akan mengisi posisi tengah pasukan.

Carlos beraksi dengan kelab Cyprus, AEL Limassol tahun lalu manakala Reed beraksi dengan kelab Thailand, Chainat Hornbill musim lepas.

Adam Reed

“Dengan pengalaman dimiliki kedua-dua pemain ini ia akan memperkemaskan lagi jentera pasukan terutama di bahagian serangan dan tengah,” katanya kepada BH Sukan.

Setakat ini, Pahang hanya mempunyai Carlos, Reed dan pertahanan Herold Goulon dengan dua kekosongan import masih belum diisi.

Menurut Suffian, Pahang dijangka menambah seorang lagi pemain penyerang dan seorang lagi di bahagian tengah.