Liga Super Malaysia Berita

Kedah menang kes perpindahan Akhyar Rashid ke JDT

Kedah dilaporkan telah memenangi kes bekas pemainnya, Akhyar Rashid yang berpindah ke Johor Darul Ta’zim musim lepas tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan.

Setiausaha Kehormat Kedah FA, Asmirul Anuar Aris mendedahkan menerusi akaun rasminya di Instagram bahawa keputusan Pusat Timbang Tara atau AIAC memihak kepada Kedah dan dalam proses untuk menentukan jumlah pampasan yang baharu.

Ini bermakna hasrat Kedah untuk membawa kes Akhyar ke CAS sejak tahun lepas tidak berakhir dengan sia-sia.

View this post on Instagram

Assalamualaikum.. Ketika cacatan ini di buat, saya sedang berada di Kota Phnom Penh untuk meneliti perkembangan serta persiapan skuad Kedah Hijau Kuning bagi menghadapi musim 2020. Buat seluruh penyokong serta rakyat negeri Kedah, ada perkhabaran penting yang ingin di kongsi bersama. Semoga dapat memberi sedikit kelegaan kepada penyokong kesayangan kita pasukan Kedah. Merujuk kepada kes 'Perpindahan Akyar', ASIAN INTERNATIONAL ARBITRATION CENTRE(AIAC), merujuk kepada MAJLIS TIMBANGTARA (COURT OF ARBITRATION) menurut Akta Timbangtara 1952 oleh Timbangtara yang dipersetujui bersama oleh pihak-pihak yang bersengketa. Apa yang dapat di fahami, menurut Majlis Timbangtara, kes berpihak kepada KFA. Kita menang tetapi jumlah pampasan yang di tetapkan masih lagi perlu di pertimbangkan. Berita ini bercampur(Suka dan Ralat). Suka kerana kita di pihak yang benar. Sedikit 'ralat' kerana jumlah pampasan yang ditawarkan tidak di sertai bersama pampasan latihan (without training compensation). Sebolehnya saya ingin segera mengadakan perbincangan di kalangan exco KFA agar dapat berbincang secara teliti tentang pemasalahan dan tuntutan yang ingin di utamakan. Peguam mencadangkan agar kami(KFA) segera memfailkan tuntutan lain(terkini) selari dengan jumlah tuntutan yang diperlukan. Tentunya kita tidak akan bertolak ansur tentang jumlah tuntutan. Saya tidak dapat menyertakan jumlah pampasan yang akan di tawarkan kerana ianya masih dalam proses perundangan. InsyaAllah saya akan menyatakan dalam sidang media apabila kesemua proses tuntutan yang baru telah siap di bincangkan. Kita masih berpeluang dan masih boleh mendapatkan jumlah pampasan latihan dengan tuntutan yang baru. Apa yang ingin saya tegaskan di sini, apa pun akan kita buat demi rakyat negeri Kedah. Apa pun akan kita buat demi kesinambungan kemajuan bolasepak negeri Kedah. Apa pun akan kita buat walaupun terpaksa menanti masa. Janji kebenaran itu akan terlaksana. Coretan seterus akan saya buat hasil temu bual dan pandangan sisi bersama Ketua Jurulatih Aidil Shahrin Sahak.. Ketemu lagi.. Asmirul Anuar Aris Rakan KFA You'll Not Walk Alone #kedahfans #kedahfa

A post shared by YB Asmirul Aris (@yb_asmirul_aris) on

Awal tahun lepas Kedah membuat pendakwaan kepada JDT yang berbincang dengan Akhyar tanpa pengetahuan pasukan asalnya. Akhyar pula didakwa kerana gagal melaporkan diri pada sesi latihan Kedah walaupun masih ada kontrak.

FAM juga didakwa kerana gagal menangani kes tersebut dengan baik, terutamanya apabila menolak rayuan Kedah dan mengekalkan jumlah pampasan yang perlu dibayar JDT hanya sekitar RM75,000, manakala Akhyar hanya perlu membayar RM210,000 untuk menebus kontraknya.

Asmirul berharap pihaknya mendapat jumlah pampasan yang setimpal daripada perpindahan Akhyar.

Walaupun memakan masa yang agak lama, Asmirul gembira kes tersebut akhirnya memihak kepada mereka.