Eropah Berita

Ljungberg: Arsenal hadapi masalah hilang keyakinan

Pengendali sementara Arsenal, Freddie Ljungberg percaya bahawa skuad bimbingannya menghadapi masalah hilang keyakinan ekoran kekalahan 2-1 keatas Brighton and Hove Albion pada awal pagi tadi.

Ini merupakan prestasi paling teruk buat Arsenal sejak 1977 apabila gagal memenangi sebarang perlawanan dalam sembilan perlawanan. Brighton turut mencatat rekod baru selepas pertama kali memperoleh kemenangan dalam 20 pertemuan.

Goal.com melaporkan bahawa Ljungberg kecewa dengan persembahan yang dipamerkan oleh para pemain Arsenal. Beliau berkata skuadnya mengalami krisis dalam keyakinan pada separuh masa. 

‘Kami bermula dengan perlahan pada awal babak pertama. Kami seperti tidak mahu bermain. Anda tidak boleh bermula sebegitu’, tegasnya lagi.

Ljungberg berjaya meyakinkan para pemain pada rehat separuh masa dan anak buahnya menunjukkan impak yang positif di babak kedua permainan. Namun, ianya sudah terlambat.

‘Kami berada dalam situasi sukar. Kami tewas beberapa kali dalam sembilan perlawanan sebelum ini. Ianya merupakan tugas saya untuk mengembalikan keyakinan para pemain’, ujarnya.

Arsenal akan bertandang ke Stadium London untuk bertemu dengan West Ham United pada awal pagi Isnin.