Kelantan mencatat rekod kekalahan besar yang terbaru apabila tewas 11-2 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Kota Bharu.
Ini setelah pasukan Pantai Timur itu tewas 10-0 kepada JDT dalam pusingan 16 Piala Malaysia dan 8-0 kepada Terengganu dalam Liga Super.
Ayron del Valle muncul pemain paling cemerlang apabila menjaringkan 4 gol manakala Richmond Boakye mencipta hatrik.
Kelantan bermula baik pada 15 minit pertama apabila menjaringkan dua gol menerusi Siringoringo pada minit ke-5 dan Fazrul Amir pada minit ke-13.
Namun, Selangor bangkit menjaringkan 4 gol menerusi Yohandry Orozco (28’), Sharul Nazeem (32’) dan 2 gol Ayron pada minit ke-41 dan 44.
Richmond Boakye menambah gol ke-5 hanya selepas 3 minit bermula separuh masa kedua.
Faisal Halim menjaringkan 2 gol dua minit kemudian dan menambah gol ke-6 Selangor tiga minit kemudian.
Ayron mencipta hatrik pada minit ke-63, sebelum Richmond turut melakukan hatrik dengan jaringan pada minit ke-78 dan minit ke-86.
Ayron melengkapkan kemenangan Selangor dengan gol ke-11 pada minit ke-87.
Keputusan 11-2 kekal hingga tamat perlawanan, dengan Selangor di tangga kedua liga meraih 49 mata dalam 22 perlawanan.
Kelantan kekal kedua tercorot dalam liga dengan 8 mata dalam 21 perlawanan, hanya 1 mata di depan Kuching City.