Tottenham Hotspur mengumumkan kehadiran pengendali baru, Jose Mourinho bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Mauricio Pochettino menerusi laman web rasmi pasukan.
Club statement
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 20, 2019
11 jam selepas pemecatan Pochettino dan kini Spurs sudah mendapat pengganti yang baru. Pengerusi pasukan, Daniel Levy berkata kontrak yang ditandatangni Jose Mourinho akan berjalan sehingga akhir musim 2022/2023.
Levy menegaskan kewibawaan Mourinho dan pengalaman yang dimiliki menjadi faktor utama pelantikan tersebut. Dia juga percaya kualiti yang ada pada Mourinho mampu memberi energi positif kepada skuad utama. Mourinho yang dikenali sebagai pakar taktikal telah mencipta pelbagai gelaran ketika berkhidmat bersama pasukan-pasukan sebelum ini.
Dalam pada itu, Mourinho berkata keputusan untuk menyertai Spurs dibuat kerana melihat kepada sejarah pasukan dan kekuatan pada penyokong. Barisan pemain berbakat dalam skuad utama dan akademi juga menarik minatnya untuk mencurah bakti bersama pasukan uta london itu.
‘Bekerja bersama pemain yang berkualiti dalam pasukan ini telah menarik minat saya’, katanya lagi.
Pengendali yang berasal dari Portugal itu sebelum ini pernah mengemudi dua pasukan dalam Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea dan Manchester United. Setelah hampir setahun menyepi, akhirnya Mourinho kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris bersama Tottenham Hotspur.
Kejayaan yang pernah dikecapi oleh Mourinho bersama Chelsea, Real Madrid, dan Inter Milan menjadi bukti akan kualiti yang dimilikinya. Kejuaraan Liga Perdana Inggeris sehingga Liga Juara-Juara Eropah telah pun dimenangi oleh Mourinho sepanjang hampir dua dekad dalam dunia kejurulatihan bola sepak.
Jelas, para penyokong Spurs pasti mengharapkan sentuhan magis Mourinho untuk kembali membawa pasukan ke landasan yang sebenar dalam kancah liga dan kembali menjadi pasukan yang digeruni di pentas eropah.