Seramai 23 pemain akan memperkuatkan skuad B-15 kebangsaan untuk menghadapi pusingan kelayakan kejuaraan B-16 AFC 2020 di Vientiane, Laos.
Skuad B-15 yang dibimbing P. Maniam akan memulakan kempen kelayakan pada hari ini sehingga 22 September. 20 pemain yang dipilih adalah dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-15 manakala tiga lagi dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri.
Skuad B-15 kebangsaan diletakkan dalam kumpulan J bersama -sama Kemboja, Laos, dan Jepun. Perlawanan pembukaan menentang Kemboja akan berlangsung jam 7:30 malam ini. Dua lagi perlawanan dijadualkan pada 20 September 2019 iaitu menentang Laos (7:30 malam) dan pada 22 September 2019 menentang Jepun (4:00 petang). Kesemua perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional Laos.
Semua perlawanan boleh ditonton secara langsung melalui MyCujoo seperti yang dilampirkan dibawah,
Rabu, 18 September 2019
MALAYSIA lwn KEMBOJA
https://mycujoo.tv/video/lao-football-federation?id=73613
Jumaat, 20 September 2019
LAOS lwn MALAYSIA
https://mycujoo.tv/video/lao-football-federation?id=73614
Ahad, 22 September 2019
JEPUN lwn MALAYSIA
https://mycujoo.tv/video/lao-football-federation?id=73616
Semoga kejayaan memihak kepada skuad B-15 kebangsaan. Selamat maju jaya!