Kolum

Empat ‘dosa besar’ yang dilakukan Real Madrid

Real Madrid akhirnya menutup jendela perpindahan mereka dengan beberapa pembahuruan dalam barisan pemain mereka tetapi kegagalan Los Blancos mendapat beberapa bintang telah menggagalkan usaha Zidane untuk menutup lopong-lopong musim lalu.

Biarpun mereka berjaya mendapatkan bintang Belgium, Eden Hazard yang dijangka akan membantu gergasi Sepanyol itu bersaing dalam kancah La Liga, tetapi keraguan masih bersarang di dada peminat Los Blancos.

1. Revolusi yang tak menjadi

Pada hari pertama Zidane pulang semula ke Los Blancos, beliau telah menekankan beberapa isu penting yang perlu diubah dan antaranya adalah barisan pemain Real Madrid.

Biarpun terdapat usaha untuk memperbaiki keseluruhan skuad bagi musim 2019/20 telah dijalankan, tetapi ianya dilihat kecil kerana terdapat beberapa pemain bintang yang gagal dibeli oleh Madrid dan usaha untuk memperbaiki skuad bagi musim baharu dilihat terbantut.

2. Skuad yang tidak seimbang

Kegagalan mendapatkan pemain tengah baharu musim ini telah meninggalkan Madrid sedikit tempang apabila perlu mengharapkan pada khidmat empat pemain sedia ada – Luka Modric, Toni Kroos, Casemiro dan Fede Valverde.

3. Paul Pogba

Barisan skuad yang dilihat tempang adalah berpunca daripada kegagalan pengurusan Madrid mendapatkan pemain tengah Manchester United, Paul Pogba yang dipaksa untuk kekal di Old Trafford selepas Los Blancos gagal untuk menyempurnakan tanda harga yang telah ditetapkan United.

Paul Pogba sebelum ini dengan jelas menyatakan minatnya untuk mencuba cabaran baharu dan Madrid dilihat sebagai destinasi pilihannya. Manakala rakan senegaranya, Zidane jelas menjadikan Pogba sebagai sasaran utama beliau dalam memperbaiki skuad musim ini.

4. Pertahanan yang ‘menakutkan’

Sergio Ramos dan Raphael Varane mungkin telah berjaya mencatat rekod sebagai pertahanan yang mempunyai banyak trofi, tetapi cara kerja mereka dalam memastikan gawang gol Los Blancos tidak dibolosi sering kali mendapat perhatian peminat.

Kegusaran ini terbukti apabila hanya Eder Militao sahaja pemain pertahanan yang ada di bangku simpanan dan apa yang jelas Madrid perlukan lebih daripada itu.