Malaysia Berita

Luqman cuba nasib di Jepun

Luqman Hakim Shamsuddin, penyerang skuad negara bawah 18 (B-18) tahun negara bakal mencuba nasib di negara matahari terbit.

Beliau pernah menjadi pengubat duka kepada skuad bawah 16 (B-16) tahun negara apabila muncul sebagai penjaring terbanyak Kejohanan B-16 tahun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di mana perjuangan skuad negara hanya terhenti di peringkat kumpulan.

Anak kelahiran Kelantan ini telah menjaringkan lima gol pada kejohanan terbabit yang mengumpulkan beberapa negara besar.

Ketua jurulatih, Lim Teong Kim pernah memuji Luqman dengan menyatakan bahawa jaringan yang beliau hasilkan ketika Malaysia B-16 membelasah Tajikistan 6-2 adalah sesuatu teknik yang cukup baik.

Beliau yang bakal diuji oleh Cerezo Osaka bermula hari ini sehingga 13 September bertekad untuk menggunakan peluang ini bagi mengembangkan bakatnya di salah sebuah besar dalam industri bola sepak.

Ketika ditembual oleh BH Sukan, Luqman menyatakan bahawa beliau tidak mahu bersikap terlalu yakin tetapi percaya bahawa beliau mampu untuk menyesuaikan diri dengan cepat dengan cuaca di negara Jepun.

“Cuma bagi saya, kalau dapat tempat (bersama kelab) di Jepun nanti, saya berazam untuk teruskan karier kerana memang itu cita-cita saya,” kata beliau dengan azam untuk membuktikan kemampuan beliau di negara asing.

Selain Luqman, tiga pemain lain yang bakal diuji di Cerezo Osaka adalah Firdaus Kaironnisam, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali Imran Sukari.