Kolum

Coutinho bagi pengajaran paling besar buat Barcelona

Philippe Coutinho, pemain kelahiran Brazil, bekas bintang Liverpool dan pemain bola sepak paling mahal dalam sejarah penubuhan Barcelona akhirnya pergi meninggalkan kelab.

Beliau menyertai juara Bundesliga, Bayern Munich secara pinjaman.

Coutinho hadir ke Catalan dengan jangkaan yang besar selepas Andres Iniesta mengumumkan masa-masa terakhir bersama Barca dan Coutinho diharapkan bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan lagenda kelab.

Pemain kelahiran Brazil telah menjadi antara watak penting ketika beliau masih menyarung jersi Liverpool apabila menyumbang 41 gol dalam 152 penampilan bersama Reds.

Tetapi lain pula ceritanya di Barca apabila Coutinho gagal mempersembahkan permainan beliau yang sebenar apabila dilihat gagal untuk menyesuaikan diri di Sepanyol.

Coutinho tidak boleh memberi alasan bahawa masa tidak diberi secukupnya kepada beliau apabila telah bermain sebanyak 76 kali dalam barisan utama dan hanya pernah digantikan oleh Jordi Alba dan Ivan Rakitic.

Antara ketiga-tiga penyerang Barcelona, Coutinho hanya mampu menjaringkan 21 gol berbanding Luis Suarez (40) dan Lionel Messi (71).

Coutinho juga di lihat seolah tiada harapan di Barcelona seperti mana beliau memberi harapan dengan persembahan yang konsisten sewaktu di Liverpool.

Bekas pemain akademi Vasco da Gama menyertai Barca pada pertengahan musim 2017/18 dan sengsara untuk memberi impak kepada kelab sehingga peminat tidak mahu lagi bersabar.

Beliau hadir dengan yuran perpindahan sebanyak 120 juta dan dikatakan meningkat sehingga 135 juta, sejak itu, pelaburan ini dilihat sebagai salah sebuah kerugian yang besar apabila pemain itu berlepas ke Jerman.