
Hubungan di antara Neymar dan Paris Saint Germain akhirnya patah selepas hanya dua tahun beraksi di tengah bandaraya Paris dengan bintang kelahiran Brazil sedang mencari jalan untuk pulang.
Bagi menguatkan lagi isu yang melanda kota Paris, Pengarah Sukan PSG, Leanardo secara terbuka menyatakan PSG sedang berusaha untuk mengeluarkan Neymar.
Tetapi persoalan yang sering timbul di dada kota Sepanyol pula, apakah Neymar bakal memilih Real Madrid atau kembali semula ke pangkuan Barcelona?
Barcelona
Barcelona baru sahaja mendapatkan Antonie Griezman dari Atletico Madrid dan telah menyertai bahagian serangan Barca bersama-sama Lionel Messi, Luis Suarez, Coutinho dan Dembele.
Jika mereka membawa pulang Neymar, Coutinho dan Dembele perlu mencari kelab baharu atau diletakkan sebagai perjanjian pertukaran dengan PSG.
Dalam segi serangan, musim lalu Barcelona mencatat purata 2.4 gol dalam satu perlawanan manakala sewaktu Neymar masih menyarung jersi Barca, ‘MSN’ merekodkan purata 3.1 gol dalam satu perlawanan.
Neymar juga telah mencatat rekod yang baik sewaktu di pentas Eropah pada 2015 dengan menjaringkan 21 gol dalam 30 perlawanan dan menghasilkan 15 bantuan gol.
Apa yang jelas, Neymar adalah kunci kepada kejayaan Barcelona di pentas Eropah.
Kali terakhir Catalan layak ke peringkat akhir Liga Juara-Juara adalah pada 2015 dan selepas itu beberapa siri kekecewaan – musim lalu ditendang keluar oleh Liverpool pada aksi separuh akhir.
Real Madrid
Isu yang besar pula bagi Real Madrid apabila pasukan ini memerlukan seorang pemain yang mampu untuk membawa pasukan ke peringkat terbaik dan juga seorang pemimpin selepas musim 2018/19 yang buruk.
Biarpun mereka begitu aktif pada jendela perpindahan kali ini, Real Madrid dilihat masih mempunyai lopong yang belum terisi dengan satu watak penting yang mampu membawa pasukan bersaing kembali.

Selepas Cristiano Ronaldo berhijrah ke Juventus, Los Blancos hanya merekodkan 63 gol musim lalu dengan purata 1.3 gol dalam satu perlawanan berbanding 2.4 gol dalam satu perlawanan musim sebelumnya.
Kehadiran Hazard sebenarnya tidak menutup sepenuhnya kekurangan Madrid, pemain kelahiran Belgium bukanlah watak penting yang mampu mengangkat Los Blancos seperti mana Ronaldo lakukan.
Di atas sebab itu, kehadiran Neymar ke Real Madrid mampu untuk membantu Hazard dan juga menjadi pemimpin bahagian serangan Los Blancos.