
Real Madrid telah menyekat perpindahan Gareth Bale ke China kerana presiden kelab Florentino Perez percaya pemain Wales itu terlalu berharga untuk dilepaskan dengan murah.
Perpindahan pemain tengah Los Blancos ke kelab dari China, Jiangsu Suning dilaporkan telah ditamatkan sendiri oleh Real Madrid.
Exclusive: Gareth Bale’s proposed move to China is OFF. As things stand, he will be staying at Real Madrid #RMFC
— David Ornstein (@David_Ornstein) July 28, 2019
Laporan mendakwa kegagalan pasukan Liga Super China untuk mempersetujui dengan tawaran harga yang ditetapkan oleh Real Madrid adalah punca mengakap Bale akan kekal di Real Madrid.
Perez menghalang perpindahan ini kerana dia percaya Bale terlalu berharga untuk dilepaskan dengan murah.