Luar Negara Berita

Video – De Rossi dan Tevez : Dulu lawan, sekarang kawan

Carlos Tevez dan Daniele De Rossi boleh dikatakan saling mengenali antara satu sama lain dan kini, selepas menghadapi sesama sendiri setelah begitu lama, mereka akhirnya bakal menyarung baju yang sama, Boca Juniors.

Lapan pertembungan telah direkodkan oleh kedua-dua pemain ini di antara 2004 sehingga 2015, dengan Tevez masih menyarung jersi Argentina dan Manchester United lalu berpindah ke Juventus manakala De Rossi masih setia bersama Itali dan AS Roma.

Pertembungan pertama yang dicatatkan oleh kedua-dua pemain ini adalah pada Sukan Olimpik 2004 di mana Argentina berjaya menewaskan Itali 3-0 di kejohanan terbabit.

Selepas itu mereka juga pernah mencatat tiga pertembungan di Liga Juara-Juara 2007/08 dengan Manchester United dan AS Roma bertemu dua kali peringkat kumpulan dan sekali di peringkat suku akhir, di mana Tevez bermain dan menjaringkan gol.

Penyerang Argentina sekali lagi bertembung dengan De Rossi semasa mereka berdua bermain di Serie A di mana kedua-dua bertemu dalam dua musim berturut-turut.

Dengan Tevez menyarung jersi Juventus dan De Rossi masih setia bersama-sama AS Roma.