Luar Negara Berita

Liga Perdana Inggeris catat perbelanjaan berhemah

Tujuh kelab Liga Perdana Inggeris telah memecah rekod perpindahan mereka pada jendela musim panas ini, tetapi mereka tidak berbelanja lebih seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sebanyak 303 juta euro dibelanjakan oleh Real Madrid dan 243.5 juta euro Atletico Madrid, manakala Barcelona dan Sevilla (237 juta euro dan 124 juta euro) melengkapkan jumlah perbelanjaan La Liga kepada 1.17 bilion euro, jauh meninggalkan pasukan Liga Perdana Inggeris dengan hanya 872 juta.

Dengan jendela perpindahan England dijangka akan ditutup lebih awal – pada 8 Ogos – kelihatan kelab-kelab tidak akan berbelanja besar pada jendela perpindahan kali ini.

Namun, Aston Villa, Newcastle, Sheffield United, Tottenham, West Ham, Leicester dan Wolves semuanya telah memecahkan rekod mereka sendiri.

Sheffield United, kembali ke peringkat teratas liga selepas 12 tahun, telah membeli tiga pemain paling mahal dalam sejarah mereka, sementara Aston Villa telah berbelanja 128 juta euro untuk sepuluh pemain baru.