Luar Negara Berita

Video – Ada lopong di bahagian pertahanan Real Madrid

Real Madrid mempunyai banyak perkara untuk di perbaiki sebelum permulaan musim bermula, tetapi kebimbangan yang paling jelas adalah di bahagian pertahanan.

Los Blancos telah bolos 12 gol sepanjang tiga perlawanan pra musim menentang Bayern Munich, Arsenal dan Atletico Madrid.

Dalam pertembungan mereka menentang pasukan Diego Simeone, Los Blancos melepaskan tujuh gol.

Kebimbangan lain yang perlu difikirkan oleh Zidane adalah pasukannya banyak melepaskan gol pada 15 minit awal perlawanan.

Pengurus dari Perancis juga tidak boleh menyalahkan pertahanan sahaja kerana Real Madrid bergerak tidak seperti sebuah organisasi.

Ketika menentang Atletico Madrid, Diego Costa mencetak gol setelah hanya satu minit perlawanan dan Los Blancos melepaskan tiga gol lagi selepas itu.