Luar Negara Berita

Video : Kelab China tawar Gareth Bale € 17 juta semusim

Gareth Bale mungkin bakal beraksi di China pada musim hadapan selepas dilaporkan terdapat dua pasukan dari negara terbabit yang meminati untuk mendapatkan khidmat beliau.

Dua pasukan tersebut – Jiangsu Suning dan Beijing Guoan – dilaporkan telah menawarkan tempat kepada bintang Wales yang sedang mencari kelab baru untuk karier beliau.

Laporan yang dikeluarkan AS, melaporkan bahawa Jiangsu bersedia membayar Bale sebanyak 17 juta euro semusim dalam kontrak selama dua tahun dan akan membayar Real Madrid hanya 22 juta euro.

Setakat ini, masa hadapan Bale di Real Madrid sudah tertutup dengan Zidane secara jujur mahu bintang Wales itu keluar daripada kelab secepat mungkin.