Piala FA Malaysia Berita

Shopee Final Piala FA : Irfan Bakti takut moral pemain Kedah jatuh

Kekalahan Kedah ke atas Felda pada aksi terakhir Liga Super minggu lalu diharapkan tidak akan memberi kesan yang besar terhadap pasukan Kedah, pesan Irfan Bakti.

Dalam satu temubual bersama Formasi, bekas pengurus Terengganu menyatakan kerisauan beliau terhadap moral pasukan Kedah selepas di belasah teruk.

Tambahan daripada itu, insiden kad merah yang melibatkan pertahanan Kedah, Renan Alves nyata merencatkan permainan mereka dengan beliau dilaporkan bakal digantung satu perlawanan.

” Saya takut moral pemain-pemain, walaupun itu adalah last game, jika mereka menang, Kedah boleh duduk di tempat ketiga.

“5-1 ini satu keputusan yang besar dan saya harap para pemain dapat melupakan perlawanan tersebut.” Katanya.

Pada aksi terakhir di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak dibelasah pasukan Felda 5-1 di gelanggang lawan sekaligus meletakkan Kedah terkeluar daripada tiga kelompok terbaik Liga Super.