Luar Negara Berita

Liga Perdana perkenal peraturan baharu

Liga Perdana memperkenalkan peraturan baru untuk musim 2019/20.

Terdapat satu kaedah baharu dalam menentukan pasukan mana yang bakal memperoleh kejuaran liga apabila kedua-dua pasukan terikat dengan mata yang sama.

Sekiranya dua atau tiga atau lebih kelab yang berjaya menamatkan musim dengan mata yang sama dalam perlawanan meraih kejohanan liga, tempat di Liga Juara-Juara dan Liga Europa, serta kelab yang berada di dalam zon penyingkiran.

Liga Perdana akan melihat rekod pertemuan kedua-dua kelab untuk memisahkan mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Liga Perdana ; “Pada musim sebelum ini, pasukan yang terlibat dalam pertempuran ini selesai dengan jumlah mata yang sama, perbezaan gol yang sama dan jumlah gol yang dijaringkan juga sama akan ditentukan satu sama lain dalam aksi playoff,” kata kenyataan itu.

“Tetapi perlawanan playoff itu tidak mungkin akan digunakan lagi.

“Pada 2019/20, pasukan yang telah mengumpul mata paling banyak ketika pertemuan kedua-dua pasukan akan mengambil posisi pertama, manakala pasukan dengan kutipan mata paling sedikit akan mengambil tempat yang paling rendah.

“Jika kelab masih tidak boleh dipisahkan, pasukan yang menjaringkan gol paling banyak di halaman lawan dalam pertemuan kedua-dua pasukan akan mendapat kedudukan tertinggi.

“Hanya jika kelab tetap berada dikedudukan yang sama, perlawanan playoff akan diadakan, di tempat stadium yang lain, dengan format, masa dan tempat ditentukan oleh Liga Perdana.”

Itu bukan satu-satunya perubahan untuk musim baru.

Liga Perdana turut akan mempunyai rehat musim sejuk untuk kali pertama. Setiap kelab akan mempunyai cuti dua minggu pada perlawanan ke 26.

Video Bantuan Pengadil (VAR) juga akan diperkenalkan dalam pertandingan ini.

VAR digunakan pada Piala Dunia 2018 dan beroperasi di Itali dan Jerman, serta Liga Juara-Juara. Ia juga telah digunakan dalam perlawanan Piala FA dan Piala Liga.