Kolum

Bagaimana bola sepak mendamaikan Iran dan Amerika Syarikat

Gambar paling iknonik pernah dicatatkan adalah ketika pasukan Iran menentang Amerika Syarikat pada Piala Dunia 1998.

Pada ketika itu, hubungan diplomatik di antara Iran dan AS berada pada tahap yang membimbangkan oleh kerana pertikaian politik di antara kedua-dua negara.

Tambahan daripada itu, Iran baru sahaja melepasi zaman revolusi Iran pada tahun 1979 dengan jatuhnya kepimpinan monarki terakhir Mohammad Reza Shah Pahlavi dan digantikan dengan republik Islam yang diketuai oleh Ruhollah Khomeini.

(Photo by Jerome Prevost/TempSport/Corbis/VCG via Getty Images)

Selepas pembentukan republik Islam, AS telah menjadi musuh nombor satu Iran dan kedutaan Amerika di Iran telah diserang.

Pada tahun 1980, AS juga telah menjadi dalang kepada peperangan Iran-Iraq pada tahun 1980 di mana berjuta-juta orang dilaporkan telah terbunuh akibat peperangan tersebut.

Seperti yang anda lihat, banyak darah yang dikeluarkan berbanding salam yang dihulurkan.

Pada perlawanan Piala Dunia 1998, tahap keselamatan telah ditingkatkan kerana khuatir akan pertempuran ganas antara kedua-dua peminat.

(Photo by Al Tielemans/Sports Illustrated via Getty Images) (SetNumber: X55841 TK1)

Tetapi apa yang nyata, kekhuatiran itu meleset malah kedua-dua negara telah menunjukkan sikap kerjasama dan bersatu padu demi bola sepak.

Perlawanan itu dimulakan dengan pemain Iran memberi mawar putih kepada pemain AS sebagai tanda pendamaian dan kedua-dua pasukan mengakhiri pendamaian itu dengan mengambil gambar bersama-sama.

Iran menang 2-1 pada perlawanan itu dan telah diraikan secara besar-besaran oleh penduduk Iran di jalan-jalan sekitar Tehran.

Gambar ini telah menjadi bukti bahawa hanya dengan 22 orang pemain bola sepak, telah mencapai kata pendamaian dalam masa 90 minit daripada apa yang telah berjaya dicapai oleh ahli politik selama 20 tahun.