13 tahun yang lalu, Zinedine Zidane telah melakukan salah satu momen final Piala Dunia yang paling diingati peminat bola sepak.
Ianya berlaku pada hari ini pada tahun 2006, di mana pemain tengah Perancis menanduk pertahanan Itali, Marco Materazzi di dada dan dilayangkan kad merah.
Zidane mempunyai kerjaya yang luar biasa dari mana-mana pemain di zamannya.
On this day in 2006, 🇮🇹 Italy won the World Cup!
✅ Final Score 1-1
✅ Extra Time
✅ Grosso with the penalty shootout winner😯 But it was all about Zidane's headbutt… pic.twitter.com/JGLlKEXaQE
— NetBet (@netbet) July 9, 2019
Pemain kelahiran Perancis mungkin tidak mempunyai ‘statistik’ yang biasanya menyokong berapa baik seseorang pemain seperti sekarang tetapi pada lewat 90-an dan awal 00-an tidak ada keraguan bahawa beliau adalah yang terbaik.
Bekas pemain Galactico menjaringkan gol dua kali dalam final Piala Dunia, ketika Perancis memenangi Piala Dunia 1998 dan menjaringkan gol tercantik dalam sejarah final Liga Juara-Juara.
Pada tahun 2006, Zidane memutuskan bahawa selepas Piala Dunia, dia mahu bersara, dia hanya ’34’ dan masih merupakan pemain utama di Real, tetapi kejohanan Piala Dunia di Jerman akan menjadi permainan terakhirnya sebagai pemain.
On this day in 2006, Zinedine Zidane was sent off for headbutting Marco Materazzi as Italy won their fourth #WorldCup pic.twitter.com/smjYpHhJ9o
— Indy Football (@IndyFootball) July 9, 2018
Pada perlawanan akhir tersebut, perbincangan antara Zidane dan Materazzi menyebabkan Zidane menanduk tepat pada dada pertahanan Itali tersebut.
Pengadil gagal menyaksikan kejadian itu tetapi pegawai keempat memberitahu apa yang terjadi dan Zidane dilayangkan kad merah dan menyasikan Perancis terlepas trofi Piala Dunia.