Kolum

Piala Dunia Wanita : Empat detik menarik sepanjang kejohanan

Kita hanya mempunyai baki dua perlawanan akhir menjelang Piala Dunia Wanita 2019. Satu permainan yang bakal menentukan tempat ketiga dan juga juara untuk edisi kali ini.

Penentuan ini bakal menyaksikan skuad Amerika Syarikat bertemu Belanda pada aksi akhir, Ahad ini.

Jom kami bawa anda kembali untuk melihat kembali perkara-perkara yang menarik terjadi sepanjang Piala Dunia Wanita 2019.

1. Permainan kotor Cameroon.

(Photo by Pier Marco Tacca/Getty Images)

Piala Dunia kali ini dihidangkan dengan berita kurang enak dengan aksi-aksi yang kurang menarik ataupun seperti tiada adab. Dan ianya terjadi sewaktu pusingan ke 16 apabila Cameroon turun menentang England. Bermula dengan drama pemain Cameroon yang ingin keluar daripada padang apabila tidak dapat menerima keputusan VAR dan juga aksi pemain England diludah oleh pemain Cameroon. Kejadian ini telah mendapat kecaman dari ramai peminat bola sepak.

2. Itali lain daripada yang lain.

(Photo by Pier Marco Tacca/Getty Images)

Mungkin orang ramai tidak menyangka bahawa Itali mampu berada di puncak kumpulan apabila telah diletakkan bersama-sama dengan dua pasukan dengan ranking yang jauh lebih baik dari Itali. Tetapi itulah faktanya apabila mereka berjaya menewaskan Australia dan tewas tipis di tangan Brazil.

Aurora Galli, Cristiana Girelli dan Barbara Bonansea merupakan salah satu unit penyerang yang lengkap dalam kejohanan ini dan cara mereka melepasi China dalam pada pusingan 16 berjaya meletakkan mereka di satu tahap yang berbeza.

3. Thailand lunyai kena belasah

(Photo by Dave Winter/Icon Sport via Getty Images)

Jarang untuk kita melihat perlawanan dengan jaringan yang banyak. Amerika Syarikat melangkah ke separuh masa dengan jaringan 3-0 ke atas Thailand dan menambah sepuluh lagi jaringan pada babak kedua bagi menjadikan keputusan akhir perlawanan sebanyak 13-0 dan telah mencipta rekod Piala Dunia.

4. Pemain terbaik (Tetapi pulang awal)

(Photo by Craig Mercer/MB Media/Getty Images)

Sam Kerr menjaringkan lima gol dalam kejohanan ini, semuanya di peringkat kumpulan, sebelum pasukannya tewas pada aksi penentuan sepakan penalti pada pusingan ke-16. Kemudian, dia kembali ke NWSL dan menjaringkan hatrik untuk Chicago Red Stars. Mungkin ada sesuatu tentang bagaimana seorang pemain dapat menonjol dalam satu pasukan kecil, tetapi persembahan individu Kerr mungkin menjadi yang terbaik dalam kejohanan itu.