Futsal Berita

MPFL : Melaka percaya kemampuan pemain muda

Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 bakal diteruskan dengan aksi Melaka United menentang Kedah pada Sabtu ini du Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Bagi jurulatih MU, Mohd I’sah Abd Rahim mahu anak buahnya terus mencatat kemenangan selepas berjaya mengenepikan cabaran KL City FC, 2-0 minggu lalu.

Keringat barisan pemain muda sangat ditagih oleh beliau selepas tewas pada aksi pembukaan bagi melengkapkan misi mereka meletakkan MU di tangga lima MPFL.

“Kita terus positif terhadap sasaran untuk skuad Hang Tuah kali ini berikutan pasukan dibarisi ramai pemain muda. Malah penyertaan kali ini lebih kepada pendedahan muka baharu,” katanya.

Bekas juara Liga Futsal Kebangsaan 2017 dan 2018 juga ditagih untuk memberi aksi terbaik sepanjang saingan ini berlangsung dan tampil lebih kemas dalam persembahan mereka.