Bekas pemain tengah Arsenal, Robert Pires mengakui Arsenal bergerak perlahan dalam mendapatkan pemain baharu bagi menguatkan skuad mereka untuk musim hadapan.
Walau bagaimanapun, bagi pemain kelahiran Perancis, beliau memahami akan situasi yang dialami oleh Arsenal dalam mendapatkan pemain baharu.
Pemain Perancis, yang menjaringkan 62 gol dalam 189 penampilan untuk Arsenal, berkata ; “Saya tidak benar-benar risau kerana ini pasaran.
“Kadang-kadang ia (pemain baharu) cepat, kadang-kadang agak lambat.
“Bagi Arsenal, ia agak perlahan.
“Yang paling penting adalah santai, bersemangat untuk musim depan.
“Kami mempunyai bulan Julai dan Ogos untuk menandatangani dan membina pasukan baru, dan saya berharap Arsenal akan menghabiskan wang untuk beberapa pemain hebat.”
Pires ketika ditemui sewaktu beliau hadir ke Johor Bahru sebagai pemain jemputan dalam perlawanan amal Johor Darul Ta’zim percaya dengan kemampuan Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette bagi memimpin bahagian serangan.
Beliau juga memberi komen tentang persembahan Ozil yang sering menerima kritikan penyokong Arsenal.
“Saya fikir dia perlu menyumbang lebih banyak kerana dia seorang pemain hebat yang mempunyai kualiti dan visi.
“Mungkin dia perlu merembat lebih banyak ke sasaran kerana dia mempunyai kualiti untuk menjaringkan gol.
“Mesut adalah pemain yang sangat baik.
“Saya tahu ada peminat agak kecewa dengannya.
“Tetapi saya kenal dia, saya dapat melihat dia dalam sesi latihan. Dia seorang profesional yang hebat, dia suka Arsenal.
“Liga Perdana sangat sukar, dan kadangkala anda perlu bersabar dengan pemain.”