Luar Negara Berita

Messi salahkan padang

Argentina mungkin telah menewaskan Venezuela dan memastikan tempat mereka di separuh akhir Copa America, namun Lionel Messi sekali lagi gagal menyinar

Dua gol dari Lautaro Martinez dan Giovani Lo Celso telah melayakkan mereka ke separuh akhir dengan Brazil menunggu mereka sebelum aksi final.

“Ia bukan Copa America terbaik saya,” kata Messi selepas kemenangan itu.

Beliau menyatakan kesukaran untuk beraksi disebabkan padang.

“Padang itu sangat sukar,” kata Messi.

“Mereka tidak kondusif untuk bola sepak yang baik.

“Mereka berada dalam keadaan buruk.

Messi percaya bahawa perkara terbaik mengenai perlawanan Argentina adalah permainan mereka yang menekan dan menyerang.

“Kami tidak melepaskan mana-mana ruang, [mempertahankan diri] apabila mereka mula mencari [gol],” katanya.